Visi, Misi dan Dasar HEM






Visi

Melahirkan individu pelajar yang bersahsiah terpuji

 

 

Misi

    Melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi, berketrampilan menarik dan kemas,
    berdisiplin dan berakhlak mulia, berpengetahuan dan berkemahiran, bijak berkomunikasi dan membuat keputusan


    Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid

     

    1. Melaksanakan Pengurusan Disiplin dan Tatacara Pengurusan Disiplin mengikut Pekeliling Ikhtisas dan Buku Peraturan Sekolah.
    2. Keadaan sekeliling sekolah sentiasa bersih dan ceria.
    3. Sekolah sentiasa dalam keadaan selamat
    4. Membantu murid yang ditimpa kesusahan.
    5. Pengurusan Biasiswa secara profesional.
    6. Murid-murid dididik semangat kekeluargaan yang akrab.
    7. Program Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan.
    8. Pengawas sekolah menjadi pemimpin berwibawa.
    9. Khidmat Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling kepada murid diurus secara profesional.
    10. Persekitaran sekolah bebas daripada ancaman penyakit dan wabak.
    11. Perkhidmatan kantin berkualiti.
    12. Perkhidmatan koperasi sekolah yang efisien dan efektif.
    13. Rekod dan dokumen kad 001 sentiasa kemaskini dan mudah diakses.
    14. Sistem pengurusan bilik darjah yang membentuk peribadi kamil.
    15. Pengurusan Surau ke arah pembentukan murid berilmu dan mempunyai sahsiah mulia.
    16. Pendidikan murid berasaskan kecemerlangan dan terhindar daripada perbuatan jenayah.
    17. Pergaulan murid-murid berasaskan 1 Malaysia.