Back to homepage

Aluan Pengetua

To Uphold A Tradition of Excellence

UTAMA FPN NKRA PPPM ASPIRASI

​To Strive For Excellence Through Quality Education

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk meneruskan tanggungjawab sebagai muaddib di SMK Anderson bagi tahun 2017. Menjelang tahun ini, kita perlu terus bergerak seiring dengan perkembangan transformasi pendidikan negara dalam memenuhi inspirasi kita untuk melahirkan Andersonian yang mampu bersaing diperingkat global.

Oleh itu, usaha untuk mentransformasikan pendidikan di SMK Anderson perlulah dilakukan dengan cara menghayati dan melaksanakan 11 anjakan utama sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 disamping meneruskan enam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Sehubungan dengan itu, selaku warga pendidik kita juga perlu melakukan anjakan melalui perubahan strategi dengan membuat perancangan awal untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti. Setiap perancangan dan tindakan yang dilaksanakan seharusnya tidak mengabaikan pembentukan sahsiah diri dan jati diri pelajar disamping mengasah bakat kepimpinan pelajar. Bukan itu sahaja, warga pendidik juga seharusnya meningkatkan keupayaan penyampaian pendidikan dengan menguasai LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA merangkumi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Akhir kata saya berharap agar warga pendidik Anderson terus istikomah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Marilah kita bersama-sama melangkah dengan seribu kekuatan, penuh keyakinan dan keazaman untuk membawa SMK Anderson ke tahap tertinggi bagi meneruskan tradisi kecemerlangan Anderson kerana kita merupakan cerucuk utama pembangunan negara. Semoga segala usaha dan tindakan yang bakal dilaksanakan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Sekian, wassalam.

“To Strive, To Seek, To Find and not To Yield”

“1 Andersonian. Pelajar Di Dahulukan, Kecemerlangan Di Utamakan”

​ZAHIDI BIN ABD GHANI

Pengetua

SMK Anderson