Ujian Minat Kerjaya

Jalani Inventori Minat Kerjaya untuk Tentukan Kerjaya Manakah yang Bersesuaian dengan Anda!

Bayangkan jika anda seorang yang suka bergaul aktif dengan manusia, adakah anda rasa anda akan seronok bekerja di dalam makmal melakukan eksperimen? Bagaimana pula kalau anda seorang yang kreatif, gemar berkarya dan tidak suka mengikut peraturan, boleh anda bayangkan jika anda bekerja sebagai seorang akauntan? Hari-hari melihat angka?

Personaliti, minat dan kemahiran diri mempengaruhi seseorang individu dalam membuat pemilihan kerjaya. Jika diperhatikan, kebiasaannya individu akan memilih kerjaya yang menepati ciri-ciri personaliti diri dan minat mereka. Oleh itu, jika seseorang individu memilih pekerjaan yang bertentangan dengan minatnya, dia mungkin masih boleh melakukannya tetapi dirasakan pekerjaan itu cukup membosankan dan mulalah “angkat kaki” mencari pekerjaan baru.

Jadi bagaimana kita hendak mengenalpasti sama ada personaliti kita menjurus ke arah kerjaya yang mana?. Mudah sahaja, caranya adalah dengan menjalani ujian personaliti kerjaya. Sebelum anda menjalani ujian personaliti kerjaya ini, anda perlu tahu asal usul ujian ini. Untuk makluman anda, ujian personaliti ini berakar umbi daripada Teori Holland yang mengaitkan minat manusia dengan persekitaran kerja. Teori ini banyak digunakan oleh organisasi di seluruh dunia tidak kira swasta mahu pun kerajaan untuk menilai personaliti dan minat individu sebelum ditawarkan sesuatu pekerjaan. Teori ini membahagikan personaliti individu kepada 6 kumpulan iaitu Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising dan Conventional.

 

R

1
R- ealistik (Building)

I

1
I – nvestigate (Thinking)

A

1
A – rtistic (Creating)

S

1
S – ocial (Helping)

E

1
E – nterprising (Persuading)

K

1
K – onventional (Organizing)

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Add to Wishlist
Enrolled: 1 student
Lectures: 6